SHAH ALAM - Sidang Khas Parlimen mengenai isu Palestin wajar diadakan bagi membolehkan wakil rakyat memberi pandangan dan kerajaan boleh laksanakannya.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan tidak perlu risau untuk mengadakan sidang khas tersebut kerana isu Palestin merupakan isu sejagat yang mengatasi politik kepartian.
Iklan
Iklan
"Apa juga resolusi yang diputus akan disokong semua pihak termasuk pembangkang.
"Saya yakin ia akan dilulus sebulat suara dan tidak perlu ada undi belah bahagi,” katanya dalam ciapan Twitternya pada Rabu.
Ahmad berkata, wakil rakyat perlu memainkan peranan dan bersuara bagi pihak rakyat memandangkan rakyat tidak boleh berdemonstrasi dalam keadaan pandemik Covid-19 pada ketika ini.
"Sehari pun cukup seperti yang pernah diadakan. Rakyat tidak boleh berdemonstrasi ketika Covid-19 ini.
"Maka paling tidak wakil mereka boleh bersuara,” ujarnya.