Perkara tersebut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu menerusi entri laman sosial Facebook miliknya pada Rabu.
Menurutnya, proses pembayaran juga telah dilakukan oleh pembida dan sudah pun dimasukkan ke dalam akaun Cakna Palestin untuk urusan selanjutnya.
"Setelah tamat tempoh lelongan dan bidaan selama 24 jam iaitu pada Selasa, jam 6 pagi, sebanyak RM42,500 berjaya dikumpulkan.
"Keris pertama dibida pada harga RM17,000 manakala keris kedua dan ketiga sebanyak RM9,000 dan RM6,500.
"Seorang pembida yang tidak berjaya juga menyatakan untuk terus menyumbang sebanyak RM10,000," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, nama mereka yang berjaya membida akan diumumkan dalam satu majlis ringkas pada Khamis.
Katanya, bidaan amal keris ini adalah salah satu tarikan dan usaha menggiatkan kempen #Aid4Palestine.
"Kita semua boleh terus menyumbang dalam pelbagai bentuk dan saluran. Semoga mendapat keberkatan," katanya.