Covid-19 makin 'mengganas', trending 'Road to 10k' di Twitter

Iklan
Kes Covid-19 merekodkan 6,075 kes positif pada Rabu.

SHAH ALAM - Berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai jumlah kes Covid-19 pada Rabu sebanyak 6,075 kes dengan Selangor mencatatkan 2,251 kes, trending 'Road to 10k (10,000)' di Twitter selepas luahan kekecewaan warganet berhubung perkembangan pandemik wabak yang melanda negara ini.

Menjengah di ruang komen Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, rata-rata warganet menyindir pihak kerajaan khususnya di Selangor kerana membuat kenyataan menolak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh sekiranya diberikan pilihan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

Sedangkan wabak ini semakin hari semakin meningkat dan mengorbankan lebih ramai nyawa rakyat.

Begitu juga kebimbangan para doktor yang menjangkakan berlaku lonjakan bilangan kes harian Covid-19 mencecah 10,000 kes sehari seperti yang telah berlaku di banyak negara lain jika rakyat melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Iklan

@dylaajaidi berkata,"Tolong mengambil perhatian keluhan dan suara rakyat. Pelaksanaan lockdown atau perintah berkurung amat diperlukan untuk melawan Covid-19 ini".

Ujar @ariana yang terkejut melihat angka kes wabak ini melonjak turut menyindir adakah negara mahukan jumlah kes meningkat kepada 10,000 kes, baru laksana 'lockdown'?

Iklan

Kata @auninadhirh pula,"Tolonglah buat total lockdown. Ekonomi boleh bina semula tapi nyawa tak ada ganti sudah".

Manakala @asnieja menyarankan orang ramai untuk mengambil inisiatif melakukan 'lock diri' sendiri dengan berada di rumah jika kerajaan masih lagi belum putuskan sama ada mahu laksanakan perintah berkurung atau sebaliknya.

"Allahu. Marilah kita semua 'lock' diri kita #dudukrumah. Tak perlu tunggu kerajaan," ciapnya.

Selain itu, kata @ShexZuefiy,"Kasihanlah petugas barisan hadapan, dengan mak ayah yang tak mampu melawan Covid-19 di hospital. Ya ALLAH, tak tahu nak cakap apa lagi dengan kerajaan sekarang. Nyawa orang dipandang enteng!".

Perkataan 'Road to 10k' yang menjadi trending itu mungkin sekadar gurauan daripada warganet yang mahu menyindir beberapa pihak namun bagaimana jika jenaka itu menjadi kenyataan.

@shajeu_ berkata,"Adakah lucu bagi anda membuat lawak 'Road to 10k'? Tidak sensitif, bayangkan betapa letih petugas barisan hadapan kita".

"Rasa lawak ke tweet road to 10,000 tu? Tolonglah betapa penatnya petugas barisan hadapan kita sekarang," ujar @kelisu.

"Adakah anda mahu negara rekod 10,000 sehari. Kalau sekadar bergurau atau sindiran tidak apa tetapi kata-kata itu boleh menjadi satu doa," ciap @amirah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor tolak PKP penuh jika diberi pilihan

Pada Rabu, Pengerusi Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan Selangor menolak cadangan pelaksanaan PKP secara menyeluruh memandangkan negeri ini masih berada pada tahap terbaik dalam pengurusan wabak berkenaan.

Ujarnya pada sidang akhbar yang berlangsung di Bangunan Annex di sini, Selangor masih merekodkan kadar kebolehjangkitan rendah berbanding negeri lain seperti Kelantan dan Pahang dan disebabkan itulah tiada keperluan PKP menyeluruh.