11 maut selepas minum wain beras

Iklan
Gambar hiasan

PHNOM PENH - Seramai 11 penduduk kampung di wilayah Kandal selatan Kemboja maut selepas meminum wain beras buatan tempatan yang didapati mengandungi kadar metanol yang tinggi, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut ketua jabatan kesihatan wilayah itu, Kuoy Bunthoeun pada Rabu kejadian berlaku di kampung Ta Skor di komuniti Sarika Keo daerah Lvea Em 10 Mei lalu.

Iklan
Iklan

"Sampel wain itu kemudian diuji di makmal Institut Kesihatan Umum di Phnom Penh dan hasil ujian mendapati wain tersebut mengandung kadar metanol yang tinggi," katanya.

Kandungan metanol dalam wain itu melebihi jumlah dibenarkan iaitu 0.15 peratus.

Iklan

Katanya, pihak jabatan telah meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan menutup semua kilang penyulingan dan kedai menjual wain beras di daerah ini untuk mengelak lebih banyak kematian.

Sementara itu, ketua daerah Lvea Em Kan Sokkay berkata pihak berkuasa telah merampas wain beras yang dijual oleh kira-kira 20 gerai di daerah ini dan menasihati penjual berhenti menjualnya buat sementara waktu.

Iklan

Wain beras sangat popular di kawasan luar bandar kerana harganya yang murah.

Pada November, di wilayah Kampong Chhnang tujuh orang maut akibat minuman wain metanol. - Bernama