Pahang lanjut tempoh bayaran cukai tanah hingga 31 Ogos

Iklan
Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah bagi semua pemilik tanah berdaftar di Pahang tahun ini sehingga 31 Ogos depan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebelum ini tempoh akhir bayaran adalah pada 31 Mei ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, melalui pelanjutan tempoh pembayaran itu, denda lewat 10 peratus daripada nilai cukai tanah hanya akan dikenakan bermula 1 September depan.

"Keputusan ini dibuat sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap masalah yang dihadapi rakyat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sedar langkah tegas kerajaan ketika ini telah mengehadkan pergerakan dan perkhidmatan di seluruh negara sehingga mengakibatkan kerugian kepada pemilik tanah berkenaan.

"Bagaimanapun kerajaan negeri amat menghargai usaha dan komitmen pemilik tanah untuk tetap menjelaskan cukai tanah mereka dalam tempoh ditetapkan," katanya.

Iklan

Katanya, pelanjutan tempoh akhir bayaran cukai tanah ini diharap dapat memberi masa yang cukup untuk mereka menunaikan tanggungjawab menjelaskan bayaran berkenaan.