Kumpulan Petra sedia sumbang 20,000 vaksin Sinovac

Iklan

SHAH ALAM - Kumpulan Petra sedia menyumbang 20,000 dos vaksin Sinovac selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketua Pegawai Perhubungan Kerajaan, Datuk Dr William Stevenson berkata, dalam pertemuan tersebut pihaknya bersungguh-sungguh mahu menyediakan vaksin kepada golongan yang memerlukan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pihaknya menawarkan vaksin itu secara percuma tanpa ikatan perjanjian dan bukannya perjanjian komersial.

"Walau bagaimanapun, selepas munculnya tawaran yang meragukan untuk menyediakan vaksin, kami faham ketakutan menteri dan perlunya usaha yang sewajarnya dalam mendapatkan vaksin.

Iklan

"Kami juga telah melakukan pemeriksaan yang diperlukan pada pengilang dan pengedar untuk memastikan vaksin itu asli, malah kami percaya pengedar yang dihubungi adalah benar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, William berkata, Kumpulan Petra dan The Vinod Sekhar Trust tidak berkait dengan pihak lain dalam menawarkan vaksin kepada masyarakat yang memerlukan.

Iklan

Tambah beliau, pihaknya membeli dan menyediakan vaksin yang diluluskan secara percuma kepada yang memerlukan.

"Kami telah menjelaskan kepada Khairy dalam surat bahawa kami dapat membawa vaksin secara langsung.

"Kami juga sedang meminta bimbingan dengan kaedah yang betul dan saluran yang sesuai untuk melakukannya,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, selepas kerajaan berpuas hati dengan tawaran yang diberikan pihaknya akan membuat pengaturan dan formaliti yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan bagi membawa masuk vaksin ke Malaysia.

Kumpulan Petra juga didorong oleh jaminan menteri bahawa pihaknya akan membantu memudahkan pengedaran vaksin setelah dokumen yang diperlukan telah diluluskan oleh pengeluar.

"Menteri juga meminta kami untuk berkomunikasi dengannya secara langsung bagi membantu merealisasikan niat kami untuk menyumbangkan vaksin ini.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Khairy atas bantuan dan nasihatnya. Kami juga sangat menghargai tanggungjawab yang dipikul beliau sebagai Menteri Penyelaras Program Vaksin Covid-19 Kebangsaan,” ujarnya.