Israel hina al-Quran ketika bom Genting Gaza

Iklan
Ciapan biadab di Twitter milik Kementerian Luar Negeri Israel.

TEL AVIV - Israel mencabar dan membangkitkan kemarahan 1.8 bilion umat Islam apabila memetik ayat suci al-Quran bagi menjustifikasikan pengebomannya di Genting Gaza.

Tindakan melampau rejim Zionis itu dapat dilihat di akaun Twitter berbahasa Arab yang berkongsi foto kemusnahan di kawasan yang dikepung di samping petikan daripada Surah al-Fil.

Iklan
Iklan

Difahamkan, akaun Twitter itu milik Kementerian Luar Negeri Israel.

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Pertahanan Israel, Avichay Adraee sering menggunakan petikan daripada kitab sudi al-Quran dalam setiap ciapannya di platform media sosial itu.

Iklan

"Akaun Twitter rasmi Arab di negara apartied Israel baru sahaja berkongsi ayat-ayat al-Quran dari Surah al-Fīl.

"Ini adalah ejekan ke atas al-Quran dan kehidupan manusia,” kata ulama terkenal Dr Yasir Qadhi.

Iklan

Ciapan biadab itu turut mendapat kecaman dan cemuhan netizen yang menganggap rejim Zionis sengaja memburukkan lagi konflik Israel-Palestin.

"Tidak ada yang lebih keji daripada halaman Twitter Arab Israel menggunakan ayat al-Quran untuk mengejek pengeboman yang mereka lakukan di Gaza.

"Ayat-ayat kitab suci kami bukanlah sesuatu yang anda gunakan untuk menjustifikasikan tindakan hina anda," kata beberapa netizen. - Agensi