Boikot secara bijak, bukan membabi buta

Iklan

BERMULA mula pada tahun 1941 sehingga 1945, tentera Nazi telah membunuh seramai enam juta orang Yahudi. Pembunuhan itu dilakukan kerana ia dianggap sebagai penyelesaian terakhir kepada masalah yang ditimbulkan kaum Yahudi.

Pemimpin Nazi, Adolf Hitler menganggap Yahudi adalah bangsa yang bahaya dan telah merosak serta mengancam Jerman,

Iklan
Iklan

Dalam buku tulisan Hitler yang bertajuk Mein Kampf, penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman ketika itu adalah berpunca daripada kejahatan Yahudi.

Sejak itulah timbul istilah anti-semitik atau anti-yahudi.

Iklan

Bagaimanapun, menurut artikel yang ditulis oleh Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di laman blognya drmaza.com pada 18 Januari 2009 dan disiarkan semula pada 1 Jun 2010, kebencian terhadap Yahudi sebenarnya bermula sebelum itu lagi.

Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pemboho-ngan dan bahaya Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah daripada bukan Yahudi.

Iklan

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan sebagai Ghetto.

Yahudi tidak dibenarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan mengamalkan ilmu hitam.

Kini, kedudukan bangsa Yahudi sudah banyak berubah. Mereka menguasai ekonomi, teknologi, pendidikan, politik dan juga media di seluruh dunia. Semuanya dalam genggaman mereka.

Sokong

Lihat sahaja kezaliman yang dilakukan rejim Zionis itu terhadap penduduk Palestin. Mereka berjaya menutup mata dunia dengan kekejaman yang dilakukan. Tiada sesiapa dapat menghalang apa yang dilakukan oleh rejim tersebut dan dunia sekadar dapat memberikan pandangan serta cadangan sahaja. Mereka dilindungi kuasa-kuasa besar dunia.

Dengan kebencian dan kemarahan yang amat mendalam itu, ramai bertindak memboikot produk-produk jenama antarabangsa yang mempunyai kaitan dengan bangsa Yahudi.

Ada pihak menganggap tindakan tersebut sekadar retorik semata-mata kerana realitinya, usaha itu tidak akan berjaya menjejaskan Isreal.

Ya, memang ada benarnya juga pandangan tersebut kerana terdapat banyak produk yang dikaitkan dengan Yahudi di sekeliling kita.

Bukan sekadar makanan dan minuman berjenama popular di seluruh dunia malah teknologi yang kita pakai untuk memudahkan kita bekerja, belajar dan untuk kehidupan seharian ada kaitan dengan rejim itu.

Namun, tindakan yang dilakukan itu harus dilihat sebagai satu manifestasi terhadap kebencian dan kemarahan terhadap kekejaman Israel terhadap Palestin. Sebenarnya, dengan teknologi Israel yang digunakan secara meluas ketika ini, kita boleh gunakan untuk melawan rejim Zionis.

Sebagai contoh, terdapat pengguna Twitter kini menggunakan tanda pagar #VisitIsrael bertujuan mengelak daripada mesej-mesej yang memaparkan penderitaan Palestin dan kekejaman Israel dipadam. Ini satu langkah bijak. Begitu juga dengan aktiviti penggodam dari Malaysia dan Indonesia yang dikatakan telah menyerang laman-laman web Israel sejak rejim itu melakukan keganasan terbaharu terhadap Palestin awal Mei lalu.

Justeru, penulis amat yakin dengan era media sosial yang ada pada hari ini dapat menangkis pembohongan dan naratif jahat Zionis.

Oleh yang demikian, umat Islam bukan sahaja di negara ini, malah di seluruh dunia perlu melengkapkan diri dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan walaupun ia adalah ciptaan musuh. Jangan kita memboikot dengan cara membabi buta.

Sebaliknya, ilmu musuh yang dipelajari itu akan dapat digunakan untuk melawan rejim tersebut pada masa depan.