Neelofa, suami mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB

Iklan
Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail memasuki pekarangan Mahkamah Majistret hari ini bagi proses pendakwaan berhubung pelanggaran SOP PKPB yang ditularkan di media sosial pada 2 Mei lepas. - Foto Bernama

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Selebriti popular Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail didakwa di Mahkamah Majistret Seremban di sini pada Khamis atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) awal Mei lalu.

Bagaimanapun, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Neelofa, 32, gagal mematuhi SOP PKPB yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia apabila tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis kedai Naeem Carpet Sdn Bhd atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis itu.

Muhammad Haris, 26, juga didakwa atas pertuduhan sama dan pertuduhan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Iklan

Perbuatan itu dilakukan mereka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Seremban pada jam kira-kira 4 petang, 2 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

Iklan

Jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 bagi Neelofa dan RM20,000 bagi PU Riz.

Beliau berkata, ini kerana kes itu mendapat perhatian umum dan mengambil kira kes jangkitan Covid-19 yang tinggi pada masa sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis panggil Neelofa, suami isu rentas negeri ke kedai karpet di Nilai 3

Kertas siasatan kes Neelofa rentas negeri beli karpet di peringkat akhir

Peguam bela, M Haresh yang mewakili pasangan berkenaan bagaimanapun meminta anak guamnya tidak dikenakan jaminan atas alasan kes berkenaan bukan kes jenayah dan ia hanya kes saman.

Mahyun kemudian menetapkan jaminan RM10,000 terhadap PU Riz dan RM5,000 terhadap Neelofa.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 4 Jun depan.

Terdahulu pasangan selebriti berkenaan tiba di mahkamah jam 8.50 pagi dengan memakai sedondon berwarna putih dan coklat.

Bagaimanapun Neelofa ketika diminta komen berhubung pertuduhan disabitkan terhadapnya sejurus keluar dari mahkamah hanya mendiamkan diri dan PU Riz pula sempat melambaikan tangan serta memberi salam.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet berkenaan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat aktiviti santai Neelofa, suami di Langkawi

Polis siasat Neelofa, keluarga berkumpul sambut raya

Neelofa, suami, ahli keluarga dikompaun RM60,000

AKAN MENYUSUL