BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Rabu menolak permintaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza dan menegaskan serangan ketenteraan tetap akan diteruskan, lapor Agensi Anadolu.
"Operasi itu akan diteruskan sehingga tujuannya tercapai," menurut kenyataan pejabatnya.