SEREMBAN - Tiada isu rentas negeri dibangkitkan dalam pertuduhan disabitkan terhadap selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, pada prosiding di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis.
Peguam yang mewakili pasangan itu, M Haresh berkata, beliau tidak pasti mengenai perkara itu.
"Tiada isu rentas negeri yang dibangkitkan. Kita hadir hari ini hanya untuk pertuduhan sedia ada.
"Saya pun tak tahu jika isu itu akan dibangkitkan akan datang," katanya ketika ditanya pemberita mengapa tiada pendakwaan merentas negeri ke atas Neelofa dan suaminya pada Khamis.
Haresh turut memberitahu anak guamnya itu mematuhi arahan Mahkamah dan sudah membayar jaminan yang dikenakan.
"Anak guam saya (Neelofa) okey dengan isu jamin dan jaminan telah pun dibayar.
"Saya tengok Neelofa okey saja. Kita kena patuh arahan mahkamah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, suami mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB
Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail didakwa di Mahkamah Majistret Seremban di sini pada Khamis atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) awal Mei lalu.
Bagaimanapun, Neelofa dan Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof.
Polis siasat Neelofa, keluarga berkumpul sambut raya
Neelofa, suami, ahli keluarga dikompaun RM60,000