PETALING JAYA - Seorang bayi lelaki yang masih hidup serta bertali pusat ditemui di dalam plastik hitam di atas meja di belakang rumah seorang lelaki warga asing di Kampung Kayu Ara di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan itu setelah terdengar tangisan bayi tersebut lebih kurang jam 4.50 pagi.