BATU PAHAT - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menangguhkan kemasukan semula pelajar ke kampus itu hingga 7 Jun ini dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
UTHM dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, langkah itu bertujuan membendung penularan wabak Covid-19 di kampus berkenaan susulan peningkatan kes jangkitan yang semakin membimbangkan di dalam negara.