NGO Islam perlu salurkan sumbangan kepada Palestin

Iklan
Mustapha Ahmad Marican

SHAH ALAM - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa menyeru NGO Islam di Malaysia dan negara ASEAN bangkit membantu menyalurkan bantuan serta sumbangan kepada rakyat Palestin menerusi saluran sah yang diwujudkan di negara masing-masing.

Pengerusinya, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, ia penting bagi memastikan segala bantuan dan sumbangan yang diberi sampai terus kepada sasarannya.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pihaknya berpendapat sudah masanya negara Islam bangkit membantu Palestin daripada pelbagai sudut antaranya bantuan perubatan, makanan, kewangan, sukarelawan dan lain-lain yang diperlukan oleh rakyat Palestin.

"Kita percaya bila kita bersatu, usaha dan sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh saudara kita di sana," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, Mustapha juga turut menyeru agar semua negara Islam di seluruh dunia menyatakan pendirian yang tegas dan berani menentang kekejaman rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestin.

Beliau berkata, bagi negara bukan Islam yang mempunyai penduduk beragama Islam, mereka perlu mewujudkan bantuan khas untuk rakyat Palestin dan menyalurkan bantuan tersebut melalui saluran yang sah.

Iklan

"Kesungguhan negara kita Malaysia, Indonesia dan Brunei haruslah dipuji dalam menyuarakan pandangan yang tegas terhadap kekejaman rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestin yang melanggar undang-undang antarabangsa termasuk hak asasi manusia.

"Besarlah harapan kita semua untuk melihat Palestin pulih dan bangkit kembali dari konflik peperangan yang tiada berkesudahan ini," katanya.

Katanya, isu Palestin merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu diberi perhatian oleh semua negara.