Timbalan Pengerusi Tetap UMNO disahkan meninggal dunia

Iklan
Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi PPUM.

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi akaun Twitter beliau.

Iklan
Iklan

"Dengan rasa sedih dan dukacitanya mendapat perkhabaran sahabat baik saya, Dato Seri Rizuan Abd Hamid, Ketua UMNO Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi," katanya.

Rizuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum dikuarantin pada 3 Mei di PPUM dan dipindahkan ke ICU pada hari sama.

Iklan

Dalam pada itu, isteri Rizuan, Tan Sri Madinah Mohamad turut dilaporkan menerima rawatan di ICU di pusat perubatan yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Timbalan Pengerusi Tetap UMNO kini kritikal

Iklan