Self lockdown putuskan rantaian jangkitan Covid

Iklan
KKM menyarankan orang ramai terus berada di rumah dan patuhi semua SOP ditetapkan. - Foto 123RF

JUMLAH kes harian positif Covid-19 semakin meningkat. Pada Khamis, Malaysia merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 sebanyak 6,806 kes, manakala sehari sebelumnya merekodkan 6,075 kes.

Peningkatan kes Covid-19 yang mencecah angka lebih 6,000 selama dua hari berturut-turut amat membimbangkan.

Iklan
Iklan

Tidak habis di situ, Malaysia turut mencatatkan jumlah kematian baharu tertinggi akibat pandemik berkenaan dengan 59 kematian dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui kemunculan varian baharu amat merisaukan kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala, malah ujian saringan juga sering mencatatkan keputusan negatif sekalipun ada pesakit sudah berada pada tahap kritikal.

Iklan

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan orang ramai terus berada di rumah dan patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dr Noor Hisham menekankan langkah proaktif melakukan sekatan pergerakan kendiri atau self lockdown bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Iklan

Beliau menyarankan lima tips bagi menjaya-kan self lockdown iaitu ke pasar untuk beli barang keperluan seminggu sekali, isi minyak kenderaan tangki penuh, solat berjemaah lima waktu bersama ahli keluarga, optimakan pembelian secara dalam talian dan zero tetamu.

Ambillah iktibar dan teladan. Ubahlah sikap yang masih mengambil remeh dan acuh tidak acuh kepentingan pematuhan SOP.

Sampai bilakah isu kegagalan pematuhan SOP harus berkumandang. Mengapa masih berdegil untuk patuh SOP ditetapkan.

Fikirkan kesan jangka masa panjang yang bakal berlaku.

Sekiranya rakyat masih alpa dan berterusan gagal mematuhi SOP, tidak mustahil kes harian akan terus meningkat.

Tiada jalan lain, semuanya berbalik kepada pematuhan SOP. Setiap daripada kita perlu mainkan peranan kerana tanpa pembabitan bersama, pastinya sukar negara memerangi Covid-19.

Kasihanilah frontliners yang bertungkus-lumus tanpa henti sejak tahun lalu lagi dalam memerangi pandemik.

Benar, segalanya dengan izin ALLAH SWT tetapi tanggungjawab kita adalah sama-sama berusaha.

Justeru, perangilah Covid-19 sehabis daya.