Semoga PdPR berakhir tahun ini

Iklan
PdPR terpaksa dijalankan apabila sekolah secara bersemuka terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19. - Foto 123RF

ISNIN lalu bermulalah sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk anak-anak.

Sekali lagi pelbagai ragam muncul di media sosial yang dikongsi oleh ibu bapa termasuklah guru.

Iklan
Iklan

Ada yang berkongsi di laman sosial Facebook, Instagram dan TikTok.

Salah satunya perkongsian voice mesej seorang kanak-kanak dipercayai murid sebuah sekolah bertanyakan kepada gurunya kenapa banyak kerja sekolah.

Iklan

Perkara itu sedikit sebanyak mendapat reaksi daripada pelbagai pihak, namun penulis percaya ia sekadar perkongsian untuk menceriakan hari-hari rakyat Malaysia.

Baru-baru ini juga ada ibu bapa meluahkan kepada penulis, bilakah PdPR akan berakhir?

Iklan

Namun mereka terpaksa akur susulan angka kes positif Covid-19 semakin meningkat, sekali gus tidak memungkinkan sesi persekolahan secara bersemuka.

Seperti kebiasaan, guru-guru akan kemas kini kerja sekolah anak-anak menerusi aplikasi WhatsApp ataupun Telegram dalam grup sekolah atau kelas masing-masing.

Jika ada kerja sekolah yang kurang jelas atau buku yang tiada dalam simpanan sendiri, maka akan ada ibu bapa bertanya dalam grup tersebut, namun pertanyaan itu kadangkala sepi sahaja bagai angin lalu. Tiada jawapan.

Situasi itu akhirnya membuatkan ada ibu bapa yang agak kecewa kerana pertanyaan tidak dilayan atau mungkin soalan itu terlalu remeh untuk dijawab atau ibu bapa sendiri tidak peka dengan makluman dan arahan guru sebelum itu.

Untuk elak situasi lebih tegang maka admin menukar status grup hanya admin dibenar memberikan komen.

Jika mesej personal guru berkenaan, boleh dikatakan ambil masa juga untuk mendapat respon, maka wujudlah pula grup parents sahaja.

Kecewa

Itulah antara keadaan yang perlu dihadapi golongan guru dan ibu bapa sepanjang tempoh PdPR yang sedikit sebanyak dikongsi kepada penulis.

Tambahan pula sesi pembelajaran itu bakal dilalui oleh rakyat negara ini yang mungkin tempohnya lagi lama memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat selepas Aidilfitri.

Itu belum berdepan lagi dengan situasi anak sendiri dalam menyiap-kan kerja sekolah dan rutin harian di rumah.

Guru juga berdepan situasi sama, selain perlu menyiapkan kerja sekolah anak-anak muridnya sendiri.

Jadi secara rasionalnya, segala pertanyaan ibu bapa atau guru ada ketikanya mengambil masa untuk dibalas atau mendapat respons berikutan beberapa kekangan, maklum sahaja negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Justeru, sewajarnya semua pihak perlu berlapang dada dalam menguruskan tekanan bagi mengelak menjadikan sesuatu perkara menjadi isu yang serius.

Bagi penulis, jika tidak mendapat respons guru berkenaan, boleh sahaja bertanya pada ibu bapa yang lain kerana penulis sendiri sudah mempraktikkannya, sekali gus mengurangkan rasa tekanan sama seperti nasihat ibu penulis - 'kita buat dia, mudahkan selagi boleh’.

PdPR bukanlah perkara baharu. Sudah lebih setahun kita laksanakan PdPR apabila sekolah secara bersemuka terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, masih ada murid yang dilihat belum dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran secara dalam talian.

Selain itu, ada beberapa kekangan yang perlu mereka hadapi seperti capaian internet yang lemah, tiada alat peranti sesuai dan keka-ngan masa ibu bapa bekerja tidak dapat memantau kehadiran anak-anak untuk mengikuti kelas secara dalam talian.

Penulis percaya semua pihak akan terus menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Marilah jadikan tahun 2021 sebagai tahun berakhirnya PdPR walaupun ada yang mendakwa ia adalah sukar.

Anak-anak lebih seronok belajar di sekolah berbanding di rumah. Ayuh rakyat Malaysia, kita bebaskan negara tercinta daripada virus Covid-19.

Marilah bersama-sama patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

* Norafidah Assan ialah wartawan Sinar Harian Edisi Melaka dan Negeri Sembilan