KK Super Mart pasarkan produk teh herba

Iklan
KK Chai (tiga dari kanan) dan Howard Lee Haw Yih (empat dari kanan) bersama tetamu yang hadir menunjukkan produk berkenaan ketika sesi pertemuan kedua-dua pihak di cawangan KK Super Mart di Maju Link, Kuala Lumpur.

RANGKAIAN kedai serbaneka 24 jam, KK Super Mart menawarkan produk teh, Teh QingFeiPaidu jenama Tang Yuan Tang di semua cawangannya di seluruh negara bermula minggu hadapan.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, KK Super Mart berbesar hati kerana diberikan kepercayaan untuk memasarkan produk tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, masyarakat perlu memberikan tumpuan kepada penjagaan diet yang tepat, senaman dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berikutan penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

"Dengan adanya teh ini di KK Super Mart, mereka dapat membeli dan merasai sendiri teh ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, Teh QingFeiPaiDu Tang Yuan Tang, teh campuran herba tradisional Cina dengan formulasi terbaharu ini telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pensijilan lain daripada beberapa pihak terlibat.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ritamix Global Limited, Datuk Seri Howard Lee Haw Yih berkata, produk berkenaan diformulasi dengan kombinasi formula klasik oleh Zhang Zhongjing, seorang pengamal perubatan Dinasti Timur Han di China.

Iklan

"Kami telah melakukan penyelidikan dan pembangunan serta berjaya menghasilkan teh dengan formulasi yang telah ditambah baik.

"Sejak produk ini berada di pasaran, kami menerima maklum balas yang sangat baik daripada pengguna dari Australia, India dan Filipina yang membeli produk kami secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata, teh berkenaan mengandungi 22 jenis herba seperti badam, kayu manis, kulit limau, halia dan sebagainya.