'Alhamdulillah, kemenangan untuk Palestin'- Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi mengucapkan kesyukuran berhubung gencatan senjata Israel dan Hamas dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

SHAH ALAM - Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan ucapan kesyukuran apabila Israel dan Hamas pada Khamis secara rasminya bersetuju mengadakan satu gencatan senjata selepas kedua-dua pihak bertempur lebih 10 hari di Gaza.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Abdul Hadi berkata, situasi terbaharu itu juga telah membuka mata umat Islam dan dunia terhadap perjuangan Palestin dan kebiadaban Israel.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, khabar gembira daripada Palestin, kemenangan untuk Palestin dan kemanusiaan," katanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, inilah masanya untuk mencari jalan penyelesaian, melindungi keadilan dan mengembalikan keamanan sekali gus membina semula negara Palestin secara bersama yang didukung oleh kesatuan umat Islam seluruhnya.

Iklan

"Palestin, perjuangan yang tidak bernoktah, sokongannya juga tidak bermusim," kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN Rakyat Palestin rai gencatan senjata dengan sujud syukur, takbir

Iklan

Isu Palestin: Malaysia sokong 'Penyelesaian Dua Negara'