PKPD: Polis Marin perketat kawalan di Kepulauan Tumpat

Iklan
Anggota PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor membuat pemeriksaan ke atas sebuah bot di kawasan Kepulauan Tumpat pada Jumaat.

TUMPAT - Semua jalan air yang menjadi 'pintu' masuk ke Kepulauan Tumpat di sini dikawal ketat Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga (PPM) Pengkalan Kubor bagi memastikan tiada penduduk boleh lolos dari kawasan itu.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Mohd Rudzuan Ahmad berkata, langkah itu susulan kawasan tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada tengah malam Sabtu.

Iklan
Iklan

"Meskipun tugas itu agak berat memandangkan kawasan tersebut banyak laluan tikus, namun PPM tetap berusaha sebaik mungkin," katanya.

Anggota PPM Wilayah Tiga melakukan rondaan di kawasan perairan Kepulauan Tumpat bagi memastikan penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Iklan
Anggota PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor membuat rondaan berkala bagi memastikan tiada penduduk melakukan aktiviti keluar masuk dari kawasan Kepulauan Tumpat.

Mohd Rudzuan berkata, rondaan itu akan dilakukan secara berkala bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan penduduk berada pada tahap terbaik.

Katanya, penduduk setempat diminta mematuhi SOP dan tidak mencuba nasib untuk melarikan diri ke kawasan daratan.

Iklan

Dalam pada itu katanya, penduduk diminta segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat sebarang pergerakan mencurigakan.

PKPD Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang bermula dari 22 Mei hingga 4 Jun melibatkan Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri.