Karikatur hina Nabi: Biadab, melampau

Iklan
Md Jamil (dua, kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat petang semalam.

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Pemuda Umno Kuantan kesal dengan tindakan pihak tertentu yang sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam termasuk dalam kes pemilik akaun Facebook Foo Sing Wai yang memuatnaik karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Pengarah Strategiknya, Mohd Afif Anuar berkata, perbuatan yang amat biadab, melampau dan keterlaluan itu dilihat sebagai tindakan sengaja untuk menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

Iklan
Iklan

"Sebagai bantahan, kami (Pemuda Umno Kuantan) tampil membuat laporan polis di balai Polis Kuantan petang semalam mendesak pihak berkuasa termasuk polis dan menteri yang menjaga hal ehwal agama mengambil tindakan setimpal terhadap individu yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Menurutnya, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Indera Mahkota juga turut hadir untuk memberi sokongan mewakili seluruh umat Islam di Malaysia terutama di daerah ini supaya tindakan sewajarnya diambil ke atas pemilik akaun Facebook berkenaan.

Iklan

"Kami berharap janganlah diganggu-gugat ketenteraman antara kaum dan agama di negara ini dan tidak keterlaluan di dalam berpolitik,” katanya.

Semalam polis mengesahkan pemilik akaun Facebook berkenaan ditahan di rumahnya di Taman Sri Layang, Mentakab kira-kira jam 11.30 pagi.

Iklan

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, lelaki berusia 68 tahun itu ditahan berikutan laporan polis ke atasnya dibuat di Batu Pahat, Johor.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," katanya.