Tiada perutusan khas PM hari ini

Iklan
Satu poster memaparkan perutusan khas Muhyiddin akan disiarkan secara langsung jam 9 malam yang tular.

PUTRAJAYA - Tiada siaran langsung perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan situasi semasa Covid-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan pada hari ini.

Menerusi laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN), orang ramai dinasihatkan agar menghentikan berita tidak benar.

Iklan
Iklan

Satu poster memaparkan perutusan khas Muhyiddin akan disiarkan secara langsung jam 9 malam telah tular.

Bagaimanapun tiada tarikh dinyatakan pada poster berkenaan.

Iklan

Mesyuarat MKN yang bermula jam 3 petang menjadi tumpuan utama rakyat pada ketika ini berhubung situasi semasa negara.

Pelaksanaan PKP secara menyeluruh dijangka diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.

Iklan