ALOR SETAR - Dua buah syarikat yang menjalankan pengoperasian berkaitan rokok dan rokok elektrik (vape) di sekitar kawasan Mergong masing-masing dikompaun RM25,000 kerana beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar, jam 11.30 pagi pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, kegiatan operasi dua syarikat tersebut dikesan oleh pasukan pemantau Op Covid Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar semasa membuat pemantauan di kawasan tersebut.