PORT DICKSON - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, M Ravi disahkan positif Covid-19.
Perkara itu disahkan oleh Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Sinar Harian cuba menghubungi ADUN Sri Tanjung itu untuk mendapat perkembangan terkini berhubung perkara terbabit namun gagal dihubungi.