Tangguh PRU15, utamakan nyawa rakyat

Iklan
Mohd Ridzuan ketika bercakap kepada pemberita pada sidang media pada Jumaat.

KAJANG - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (Ikhlas) dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan agar memberi keutamaan terhadap usaha membendung pandemik Covid-19, kurangkan berpolitik dan tangguh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga tahun 2023.

Presiden Ikhlas, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini dilihat amat tertekan setelah diasak pelbagai pihak terutama daripada pemimpin parti-parti politik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua pihak tidak seharusnya memikirkan tentang PRU15, sebaliknya fokus kepada usaha membendung wabak Covid-19.

"Kita perlu fikirkan nyawa rakyat, tidak perlu fikir tentang PRU15 dalam waktu terdekat ini, beri peluang kepada Perdana Menteri jalankan tugas. Jika terlalu banyak tekanan politik, bagaimana beliau hendak fokus kepada rakyat, kami di sini bimbang rakyat yang akan menjadi mangsa.

Iklan

"Siapa mahu tunjuk kekuatan politik, gunakan tempoh dua tahun ini untuk kuatkan parti masing-masing, tidak perlu jatuhkan Perdana Menteri buat masa ini kerana beliau mempunyai tanggungjawab yang cukup besar ketika ini.

"Ramai orang dah menjadi korban Covid-19, jadi kita tidak mahu jadi seperti negara India, negara kita ini kecil sahaja jadi kami minta kerajaan untuk utamakan tugas melindungi rakyat daripada wabak ini.

Iklan

"Kita lihat usaha Perdana Menteri untuk mengekang Covid-19 ini sangat baik, jadi kami berharap agar semua pihak dapat mengurangkan tekanan ke atas beliau supaya beliau dapat fokus kepada isu Covid-19 ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini pada Jumaat yang turut dihadiri wakil NGO gabungan, Datuk Nozhar Che Noor.

Sementara itu, Nozhar berkata, kerajaan perlu bertegas dan tidak mengendahkan tekanan daripada mana-mana pihak.

Katanya, apa juga usaha dilakukan kerajaan pasti ada pihak yang tidak berpuas hati, justeru kerajaan diharap kekal fokus dan lebih tegas dalam usaha membendung wabak Covid-19 yang kini mencapai tahap kadar kematian semakin tinggi.

"Dahulu perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 cukup berkesan, tetapi kita lalai dengan berkempen ke sana-sini, adakan pilihanr aya dan sebagainya, jadi sekarang tidak perlu fikir tentang PRU buat masa ini.

"Abaikan tekanan dari mana-mana pihak, sistem kesihatan kita hampir lumpuh, nyawa rakyat tidak tentu arah ketika ini dan sekarang bukan masa untuk buat keuntungan dari segi wang mahupun politik,” katanya.