KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor mematahkan cubaan membawa masuk empat kontena bawang merah dari India dalam pemeriksaan di Pelabuhan Klang Utara pada Jumaat.
Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, pemeriksaan dijalankan mendapati empat kontena tersebut mengandungi 120,000 kilogram bawang merah yang dianggarkan bernilai RM150,000.
Iklan
Iklan
"Empat kontena mengandungi bawang tersebut ditahan untuk tindakan lanjut kerana tidak mematuhi syarat sepertimana yang dinyatakan dalam Permit Import Maqis iaitu gagal mematuhi peraturan Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan) yang telah ditetapkan.
"Kegagalan mematuhi syarat import adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 Akta 728," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama.
"Maqis amat memandang serius isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam kelestarian makanan negara," katanya.
Artikel Berkaitan