KUALA LUMPUR - Seramai 64,046 kanak-kanak di seluruh negara dijangkiti Covid-19 setakat 18 Mei 2021.
Jumlah kumulatif tersebut dikongsikan Kementerian Kesihatan Portal MyHealth menerusi Twitter rasminya.
Iklan
Iklan
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu sidang media mendedahkan sejumlah 23,739 pelajar di bawah usia 12 tahun dijangkiti Covid-19 tahun ini.
Dua doktor pakar juga antara lapan petugas kesihatan yang terkorban akibat Covid-19
Sebagai perbandingan, katanya, tahun lalu hanya 8,369 kes melibatkan kanak-kanak dilaporkan sepanjang tahun 2020.
Sehubungan itu, semua pejabat kesihatan daerah telah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan saringan di sekolah.
Sementara sekolah telah diarahkan agar memastikan murid-murid dengan gejala Covid-19 seperti demam, batuk, dan sakit tekak tidak hadir ke sekolah.- Awani