Pelajar UUM dinasihat tangguh kembali ke kampus

Iklan
Pelajar UUM yang berada dalam kawasan PKPD diminta tangguhkan perjalanan pulang ke kampus sehingga 1 Jun depan.

SINTOK - Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan pulang ke kampus sehingga 1 Jun depan.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, ini termasuk pelajar yang menjalani arahan kuarantin, memakai gelang merah jambu atau ahli keluarga yang tinggal serumah turut memakai gelang merah jambu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka diminta agar menangguhkan perjalanan kembali ke kampus sehingga tempoh selesai.

"Nasihat ini selaras dengan pelaksanaan PKPD yang melibatkan beberapa negeri.

Iklan

Bagi pelajar yang tidak terlibat dan telah membeli tiket bas sewa khas, menaiki kenderaan sendiri atau dihantar pulang oleh ibu bapa, mereka dibenarkan kembali ke kampus mengikut tarikh ditetapkan," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Ahmad Bashawir berkata, kesemua pelajar yang pulang ke kampus hendaklah dikuarantin selama 10 hari di Pusat Isolasi di Bukit Kachi, sebelum dibenarkan memasuki kampus atau Inapan Siswa (Inasis) masing-masing.

Iklan

"Pihak pengurusan berharap semua warga kampus sentiasa mengamalkan normal baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan universiti agar rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengisytiharkan PKPD selama 14 hari di sembilan lokaliti di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra bermula 18 Mei, manakala di daerah Kota Setar membabitkan 28 mukim bermula pada 19 Mei.

Terbaharu, beberapa kawasan melibatkan Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Sarawak dan Sabah turut diisytiharkan sebagai PKPD, bermula pada Sabtu.