Suriati Mat Zin tetap gigih membuat kuih donut walaupun dia hanya mampu duduk di kerusi roda bagi meneruskan kehidupan demi menjamin pendapatan beliau sekeluarga di Kampung Batu Karang.
Beliau terpaksa menggalas tugas sebagai ketua keluarga selepas suaminya Zainal Abidin Ayub, 49, lumpuh dari paras pinggang hingga ke bawah akibat kemalangan jalan raya sejak 2017 lalu. - Foto Bernama