KOTA BHARU - Balasan kerana beberapa kali tunjuk anu kepada seorang wanita berpurdah, seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Majistret, Izuddin Mohd Shukri menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Asyraf Baharudin, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.
Iklan
Iklan
Tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang jurujual wanita berusia 36 tahun dengan menunjukkan kemaluan di kaunter sebuah kedai runcit di Pasir Hor, di sini, pada jam 8.57 pagi, 8 Februari lalu.
Tertuduh didakwa mengulangi dua kali lagi perbuatan sama pada jam 8.53 pagi, 12 Februari lalu dan pada jam 9.02 pagi, 14 Februari lalu di lokasi yang sama.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.