Teruskan sumbangan bantu Palestin

Iklan
Gambar dari kiri: Rina Harun - Foto Bernama, Senator Nuridah Mohd Salleh

SHAH ALAM - Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyeru rakyat Malaysia supaya terus memberikan sumbangan kepada Palestin.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak itu berkata, sumbangan sangat diperlukan untuk rakyat Palestin membina kembali kehidupan pasca peperangan.

Iklan
Iklan

"Teruskan menyumbang untuk tabung Palestin demi kasih dan sayang kita kepada mereka yang sentiasa bersedia mempertahankan Masjid al-Aqsa dan tanah air,” kata kenyataan tersebut pada Sabtu.

Kenyataan bersama yang dikongsikan di Facebook rasmi DMPM tersebut melibatkan Ketuanya, Senator Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Iklan

Mengulas lanjut, DMPM dan Srikandi Bersatu merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT dan menyambut baik gencatan senjata yang disepakati Palestin dan Israel pada 21 Mei lalu di seluruh sempadan Gaza.

"Persepakatan ini dicapai hasil desakan banyak pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata mereka dalam kenyataan itu.

Iklan

Pada Jumaat, Malaysia menyambut baik gencatan senjata tanpa syarat di Gaza namun, tidak sampai 24 jam negara aparteid Zionis itu melancarkan serangan semula dengan merempuh masuk ke Masjid al-Aqsa dan menyerang penduduk.