MSN lancar Tabung Kemanusiaan Palestin

Iklan
Antara atlet negara yang memberikan sokongan mereka kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Warga Sukan. -Foto: MSN

MAJLIS Sukan Negara (MSN) melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin Warga Sukan secara dalam talian sebagai tanda solidariti dan keprihatinan terhadap isu semasa di Palestin.

Menurut kenyataan MSN pada Sabtu, inisiatif yang turut melibatkan atlet dan jurulatih itu diharap dapat membantu meringankan beban rakyat Palestin yang ketika ini berdepan detik sukar dan mencabar.

Iklan
Iklan

Antara atlet yang memberi sokongan ialah Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal), Muhammad Fadhil Mohd Zonis (berbasikal), Wendy Ng Yan Yee (terjun), Muhammad Ziyad Zolkefli (para olahraga), Farah Ann Abd Hadi (gimnastik), Luqman Al Hafiz Zulfa (gimnastik), Kirtana Ramasamy (olahraga), Tan Cheong Ming (wushu), Chew Wei Lun (boccia), Sarah Yap Khim Wen (taekwondo), Mohd Fauzi Khalid (silat), Cheah Like Hou (para badminton) dan Datuk Nicol David (bekas atlet skuasy).

MSN berkata, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menzahirkan penghargaannya terhadap keprihatinan barisan atlet dan jurulatih negara dalam mencetuskan ilham penubuhan tabung berkenaan.

Iklan

"Isu kemanusiaan adalah isu kita bersama, merentasi batas agama, bangsa serta kepercayaan dan seharusnya ia tidak harus dilihat daripada kaca mata yang sempit,” kata MSN.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, Tabung Kemanusiaan Palestin Warga Sukan tersebut adalah satu usaha bersama dan sumbangan kecil warga sukan negara terhadap isu kemanusiaan.

Iklan

"Sukan adalah suara universal dan kita turut terkesan dengan isu-isu kemanusiaan yang berlaku di Palestin. Semoga sumbangan kecil ini sedikit-sebanyak dapat melengkapi keperluan mereka di sana,” katanya.

Tabung Kemanusiaan Palestin Warga Sukan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada secara individu mahupun organisasi dan sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank Affin Islamic 105200000268 (Majlis Sukan Negara Malaysia) atas nama Tabung Kemanusiaan Palestin Warga Sukan. - Bernama