SHAH ALAM - Kerajaan akan mengehadkan masa operasi sektor ekonomi bagi mengurangkan pergerakan orang ramai.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Ismail berkata, operasi perniagaan akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja mulai 25 Mei.