Kehadiran penjawat awam secara hibrid kuatkuasa 25 Mei

Iklan
Pelaksanaan tersebut adalah dengan kehadiran ke pejabat pada tahap 20 peratus daripada keseluruhan dan 80 peratus secara BDR.

SHAH ALAM - Kehadiran penjawat awam akan dilaksanakan secara hibrid menggunakan pendekatan kedatangan ke pejabat dan bekerja dari rumah (BDR) berkuatkuasa pada 25 Mei susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelaksanaan tersebut adalah dengan kehadiran ke pejabat pada tahap 20 peratus daripada keseluruhan dan 80 peratus secara BDR.

Iklan
Iklan

Tambah beliau, kehadiran ke pejabat hanya bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dan memerlukan keberadaan di pejabat.

"Mesyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan.

Iklan

"Perkhidmatan kaunter dibuka kepada perkhidmatan yang tidak ditawarkan secara dalam talian dan melalui temujanji sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohd Zuki berkata, Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan arahan tersebut dengan merancang kehadiran penjawat awam yang diperlukan di pejabat dan BDR.

Iklan

Menurut beliau, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan garis panduan lengkap dalam masa terdekat dengan perincian kepada perkara-perkara berkaitan.

"Sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat diberi dengan cepat dan tepat,” katanya.

Pada Sabtu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hampir lapan juta pekerja melibatkan sektor awam dan swasta akan kembali bekerja dari rumah sebagai langkah tambahan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0.