Jangan abai industri perhotelan, pelancongan

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Kerajaan harus mengambil inisiatif membantu pengusaha industri pelancongan dan perhotelan yang terkesan dan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel mendakwa, kerajaan telah mengabaikan industri tersebut walaupun mereka kini berada dalam keadaan memerlukan bantuan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, satu usaha perlu dilakukan oleh kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri serta agensi kerajaan mahupun swasta untuk memastikan industri tersebut bertahan tanpa ada pembuangan pekerja atau penutupan perniagaan.

"Pihak kerajaan harus mengambil maklum bahawa pelanggan hotel adalah terdiri daripada mereka yang datangnya dari luar daerah, negeri dan negara.

Iklan

"Larangan merentas daerah dan negeri serta penutupan sempadan telah menyebabkan hotel yang beroperasi tidak dapat pelanggan mencukupi dan ia secara langsung menyebabkan penurunan pendapatan.

"Ia menjadi faktor menyumbang kepada pengurangan pekerja, pembuangan pekerja dan akhirnya penutupan hotel tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Menurut Ganesh, meskipun terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi mengurangkan beban industri itu, namun kerajaan dilihat gagal untuk melaksanakannya.

Oleh itu, beliau merayu dan memohon supaya pihak bertanggungjawab bersikap lebih prihatin dengan mendengar rintihan serta keluhan pengusaha industri perhotelan dan pelancongan.

"Segera mengambil tindakan bagi memastikan industri perhotelan dan pelancongan mampu bertahan,” katanya.