20 maut dalam acara ultramarathon di China

Iklan
Pasukan penyelamat mencari mangsa selepas cuaca sejuk melampau melanda peserta larian ultramarathon di wilayah Gansu, barat laut China. - Foto AFP

BEIJING - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam acara ultramarathon apabila cuaca sejuk melampau melanda wilayah Gansu, barat laut China pada Sabtu, kata pegawai kerajaan tempatan pada Ahad.

Setakat jam 8 pagi Ahad, lapan orang dilaporkan cedera ringan, kata pegawai dari bandar Baiyin kepada pemberita.

Iklan
Iklan

Perlumbaan sejauh 100 kilometer itu diadakan pada pagi Sabtu di Taman Negara Yellow Stone River, sebuah tapak pelancongan yang indah di daerah Jingtai di bawah bidang kuasa Baiyin.

Bagaimanapun pada tengah hari Sabtu, hujan ais berserta angin kencang melanda bahagian pergunungan perlumbaan, dengan suhu jatuh mendadak, kata pegawai.

Iklan

Seramai 172 orang mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Sehingga Ahad, 151 peserta telah disahkan selamat, termasuk yang cedera, manakala seorang masih hilang, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Iklan

Lebih 700 anggota keselamatan dikerah ke lokasi bagi melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR).

Operasi SAR sukar apabila suhu jatuh lagi pada waktu malam dengan keadaan bentuk bumi dan topografi yang kompleks. - Reuters