Netizen dakwa Sajat berada di Johor Bahru

Iklan
Gambar Nur Sajat dalam Instagram yang didakwa berlatar belakangkan lokasi di Pusat Komersial Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - Usahawan kosmetik yang kini dalam buruan polis, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dikatakan berada di bandar raya ini.

Ia berdasarkan gambar yang dikongsikannya di laman Instagram pada Sabtu yang memaparkan lokasi beliau berada iaitu Pusat Komersial Bandar Baru Uda di sini.

Iklan
Iklan

Keberadaan Nur Sajat di Johor Bahru turut menjadi tular dalam Facebook.

Seorang netizen mendakwa, usahawan kontroversi itu dipercayai menetap di salah sebuah kondominium mewah di bandar raya ini bersama pekerjanya.

Iklan

Menurut netizen tersebut, ia hasil pemerhatian terhadap latar belakang video Tik Tok Nur Sajat yang menyamai reka bentuk kondominium mewah berkenaan.

Pada 26 April lalu, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara berkata, Nur Sajat dipercayai berada di luar negara.

Iklan

Ia berdasarkan maklumat terkini pihaknya dan usaha mengesan usahawan kosmetik itu sedang giat dilakukan.

Nur Sajat bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes beliau tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat mungkin ada di luar negara