PKPD: Terengganu salur RM400,000 untuk penduduk terjejas di Besut

Iklan
Terengganu peruntuk RM400,000 bagi membantu penduduk terjejas di Besut susulan pelaksanaan PKPD. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu memperuntuk RM400,000 bagi membantu penduduk yang terjejas di daerah Besut susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, sumbangan itu melibatkan kawasan PKPD yang diumum pada Sabtu hingga 4 Jun dan ia diharap dapat meringankan beban golongan memerlukan.

Iklan
Iklan

"Sumbangan akan disalur mengikut keperluan semasa mereka," menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.

Terengganu pada Ahad merekodkan 266 kes baharu Covid-19 dan daripada jumlah itu, 104 kes melibatkan daerah Besut. - Bernama

Iklan
Iklan