Perlu janji temu sebelum berurusan di kaunter TH

Iklan
Tabung Haji

SHAH ALAM - Bermula Selasa ini, pelanggan perlu membuat janji temu terlebih dahulu untuk berurusan di kaunter Tabung Haji (TH) selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diperketatkan.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad berkata, pelanggan boleh membuat janji temu dengan melayari laman web www.tabunghaji.gov.my yang akan dimuat naik bermula Isnin.

Iklan
Iklan

"Para pendeposit yang hadir hendaklah memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi dengan sentiasa memakai pelitup separuh muka serta mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di ruangan pejabat.

"Bilangan pendeposit dalam ruangan pejabat juga akan dihadkan bagi memastikan SOP terpelihara dan perlu mendaftar masuk dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis TH,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mustakim berkata, pelanggan boleh membuat janji temu bermula jam 9.30 pagi hingga 1 petang setiap hari kecuali pada hari minggu dan cuti umum.

Selain itu, beliau berkata, TH menggalakkan pendeposit supaya menggunakan kemudahan dan perkhidmatan THiJARI yang disediakan.

Iklan

"Pendeposit juga boleh memilih saluran perkhidmatan elektronik dan dalam talian bank Rakan Strategik TH dan Ejen Kutipan TH di lebih 10,000 titik sentuh seluruh negara terutama sepanjang tempoh PKP 3.0 diperketatkan ini.

"Bagi para pendeposit yang ingin mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat awal berkaitan Hibah Amanah dan urusan pusaka, TH juga menyediakan kemudahan panggilan semula atau 'call back' yang turut boleh diakses melalui laman web TH,” katanya.