Pelampau Yahudi bertindak biadab, ceroboh al-Aqsa lagi

Iklan
Kira-kira 50 pelampau Yahudi menceroboh pekarangan al-Aqsa selepas Haram al-Sharif dibuka untuk penganut Yahudi pada Ahad. - Foto: Agensi

BAITULMAQDIS - Kira-kira 50 pelampau Yahudi diiringi pihak berkuasa rejim Zionis menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada awal pagi Ahad, dua hari selepas gencatan senjata dicapai bagi meredakan konflik Israel-Palestin.

Provokasi terbaharu itu berlaku beberapa jam selepas beberapa penduduk Palestin yang menunaikan solat Subuh diserang dan dipukul polis Israel.

Iklan
Iklan

Agensi berita WAFA melaporkan seramai enam penduduk Palestin termasuk pengawal al-Aqsa yang cuba merakamkan kejadian pencerobohan terbaharu di bawah rancangan jahat untuk mencemari kesucian masjid ketiga paling suci orang Islam tersebut.

Insiden itu berlaku setelah pekarangan al-Aqsa (Haram al-Sharif) dibuka untuk penganut Yahudi susulan penutupan selama 19 hari sempena Ramadan dan konflik terbaharu Israel-Palestin yang tercetus pada 10 Mei lalu.

Iklan

Ketika ini, polis Israel turut mengenakan sekatan di pintu masuk dengan melarang kemasukan penduduk Palestin di bawah usia 45 tahun.

Terdahulu, kumpulan pelampau Yahudi dilaporkan merancang tindakan provokatif melampau di al-Aqsa itu dan turut mengulangi gesaan melakukan tindakan kekerasan ke atas penduduk Palestin sebagai respons terhadap kekalahan rejim Zionis dalam konflik terbaharu Israel-Palestin tersebut. - Agensi

Iklan