Bekalan cukup, tidak perlu pembelian panik

Iklan
Penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan memantau harga dan bekalan ayam di sebuah premis di negeri berkenaan baru-baru ini.

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan orang ramai di negeri ini supaya tidak membuat belian panik berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diperketatkan.

Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, pembelian panik dengan kuantiti yang banyak akan menyebabkan rantaian bekalan setempat terganggu secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

"KPDNHEP Negeri Sembilan menasihatkan pengguna supaya membuat pembelian secara biasa dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.

"KPDNHEP memberi jaminan bekalan barang keperluan pengguna setakat ini mencukupi dan mudah diperoleh sepanjang tempoh PKP 3.0 ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada sebarang situasi gangguan bekalan di peringkat pemborong dan peruncit dikesan pihaknya.

Sementara itu, Ain Arjuna berkata, pihaknya sentiasa membuat pemeriksaan harian di seluruh negeri ini bagi memastikan bekalan mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0.

Iklan

"Hasil pemantauan dan pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan bersama-sama pegawai pemantau harga, bekalan barangan keperluan asas didapati mencukupi di semua peringkat rantaian perniagaan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bermula 1 Januari sehingga 23 Mei lalu, sebanyak 21,382 premis telah diperiksa pihaknya.

"Pegawai-pegawai penguat kuasa juga membuat pemantauan harian terhadap 151 peruncit terpilih dan 33 pemborong terpilih," katanya.