Kerajaan gagal atau kita yang gagal?

Iklan
Foto 123RF

JUMLAH kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini melepasi angka setengah juta, dengan 6,976 jangkitan baharu dilaporkan pada Ahad.

Lebih membimbangkan, Malaysia turut mencatatkan 2,248 kes kematian akibat Covid-19 semalam.

Iklan
Iklan

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi. Lonjakan jangkitan wabak maut ini mengerikan dan perlu ditangani sebelum bertambah kritikal.

Ramai yang mengharapkan agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh.

Iklan

Namun memikirkan impaknya terhadap ekonomi secara keseluruhan, kerajaan memutuskan untuk mengetatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu.

Sama ada PKP atau SOP, yang penting ialah pematuhan pelaksanaannya. PKP memang berkesan dan boleh menurunkan angka jangkitan.

Iklan

Namun, kesannya sangat parah untuk ekonomi dan kehidupan rakyat, khususnya golongan yang tidak makan gaji seperti peniaga dan sebagainya.

Ada yang menyalahkan kerajaan kononnya gagal menangani Covid-19.

Apa yang dilakukan pihak berkuasa kononnya semuanya dilihat tidak adil, tidak patut dan bersifat menekan.

Bagaimana pula dengan sikap masyarakat sendiri yang gagal mematuhi SOP, tidak menghiraukan larangan rentas daerah dan negeri yang menyebabkan virus itu menular dan mewujudkan kluster tertentu?

Ada yang bersikap sambil lewa dengan pematuhan SOP seperti tidak memakai pelitup muka, tidak mengamalkan kebersihan, malah ada yang masih tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Sikap acuh tidak acuh terhadap SOP dan bahaya Covid-19 sebenarnya hanya mengundang malapetaka.

Memandangkan situasi ketika ini semakin meruncing dan keadaan ekonomi tidak menentu, kita tidak harus menunding jari hanya kepada satu pihak.

Justeru, kita perlu melihat kembali kesalahan pada diri sendiri dalam etika pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 secara bersama.