SHAH ALAM - Kerajaan negeri memberi jaminan tiada sebarang perobohan mahupun tindakan undang-undang berhubung pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya sehingga Januari ini bagi memberi laluan kepada perbincangan yang akan diatur dalam waktu terdekat.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata, keputusan itu dibuat dengan syarat tidak ada lagi sebarang perhimpunan dan juga provokasi di kawasan kuil itu serta dapat mengikut arahan daripada kerajaan negeri agar keamanan kawasan itu dapat distabilkan.
"Kerajaan Selangor sedia memulakan perbincangan dengan semua pihak yang terbabit memastikan satu penyelesaian termasuk beberapa langkah yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan negeri dari beberapa pihak untuk penyelesaian isu ini secara menyeluruh.
"Perbincangan yang diatur membabitkan semua pihak terlibat sementara keputusan prosiding mahkamah pada 11 Januari tahun depan. Dijangkakan perbincangan ini akan bermula selepas Sidang Dewan negeri atau paling lewat Selasa minggu depan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Lobi Bangunan Annexe, Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan laporan bahawa kerajaan negeri akan mengambil alih tapak kuil tersebut menggunakan wang cukai rakyat.
"Sebarang berita kerajaan negeri akan gunakan duit cukai rakyat untuk mengambil alih tapak tersebut adalah tidak benar dan kita masih lagi sedang menilai semua langkah untuk memastikan kuil itu dapat beroperasi seperti biasa,” katanya.