Kasih anak demi ibu tercinta

Iklan
Muhammad Taufik meletakkan ibunya yang lumpuh di dalam bakul hadapan umpama membawa kanak-kanak kecil bagi memenuhi permintaan insan tercinta itu ke mana sahaja.

PASIR MAS - Berbekalkan sebuah motosikal, seorang anak sanggup meletakkan ibunya yang lumpuh di dalam bakul hadapan umpama membawa kanak-kanak kecil bagi memenuhi permintaan insan tercinta itu ke mana sahaja.

Itulah curahan kasih yang diterjemahkan oleh Muhammad Taufiq Sulaiman, 44, kepada ibunya Habshah Ngah, 83, yang lumpuh akibat penyakit saraf dan darah tinggi.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, Muhammad Taufiq yang merupakan tenaga pengajar di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Kampung Banggol Naim, Gelang Mas turut menguruskan semua kelengkapan ibunya seperti mandi, makan dan semuanya.

Muhammad Taufiq berkata, ibunya yang lebih mesra dengan panggilan chek hilang upaya untuk bergerak sejak empat tahun lalu selepas diserang penyakit saraf dan darah tinggi.

Iklan

"Sejak itu chek sudah tidak berupaya untuk bergerak. Jadi saya terpaksa mengangkat chek setiap hendak bergerak," katanya.

Menurutnya, setiap hari dia akan membawa chek ke Masjid Mukim Meranti sejauh 6 kilometer dengan cara meletakkan ibunya itu dibahagian hadapan bagi mengelakkan ia terjatuh.

Iklan

Katanya, chek cukup suka bertandang ke Masjid Mukim Meranti yang disifatkan cukup selesa untuk menunaikan solat berjemaah dan menguruskan diri.

"Permintaan chek untuk ke masjid tidak kira masa, ada kala waktu Subuh, Zohor atau Asar. Jarak bukan halangan buat saya, asalkan dia gembira," katanya.

Kisah tenaga pengajar Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Kampung Banggol Naim, itu membawa ibunya yang sudah uzur menaiki motosikal dengan meletakkannya dibahagian depan telah menyentuh perasaan netizen.

Bukan itu sahaja, Muhammad Taufiq menyuap makanan ke mulut cheknya itu di sebuah kedai di pekan Wakaf Bharu, Tumpat, juga tular di media sosial.

Rata-rata netizen memuji sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Muhammad Taufiq.