Polis Johor nafi Sajat berada di JB

Iklan
Polis menafikan Sajat berada di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - Polis Johor menafikan usahawan kosmetik yang kini dalam buruan polis, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berada di Johor Bahru.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad berkata, pemeriksaan telah dilakukan di lokasi yang didakwa iaitu di sebuah premis perniagaan terletak di Pusat Komersial Bandar Baru Uda dan sebuah kondominium di Danga Bay pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, tiada langsung kelibat Sajat di dua lokasi berkenaan. Saya harap natizen jangan layan sangat isu sebegini. Polis banyak lagi kerja lain lebih-lebih lagi sekarang ini isu Covid-19 lebih penting.

"Kalau nampak depan mata barulah maklumkan kepada pihak polis, jika tiada, tak perlu mereka cerita yang membuang masa dan menyusahkan polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Keberadaan Sajat di Johor Bahru tular di media sosial berdasarkan gambar yang dikongsikannya di laman Instagram pada Sabtu yang memaparkan lokasi beliau berada iaitu Pusat Komersial Bandar Baru Uda di sini.

Seorang netizen mendakwa, usahawan kontroversi itu dipercayai menetap di salah sebuah kondominium mewah di bandar raya ini bersama pekerjanya.

Iklan

Menurut netizen tersebut, ia hasil pemerhatian terhadap latar belakang video Tik Tok Sajat yang menyamai reka bentuk kondominium mewah berkenaan.

Pada 26 April lalu, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara berkata, Sajat dipercayai berada di luar negara berdasarkan maklumat terkini pihaknya dan usaha mengesan usahawan kosmetik itu sedang giat dilakukan.

Sajat dipercayai bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes beliau tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dakwa Sajat berada di Johor Bahru