Langgar SOP: Polis Melaka buka 18 kertas siasatan

Iklan
Anggota polis trafik memeriksa dokumen kebenaran merentas daerah atau negeri terhadap kenderaan yang melalui Jalan Gapam ketika tinjauan operasi sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di sempadan daerah Melaka Tengah dan Jasin. - Foto Bernama

MELAKA - Polis Melaka membuka 18 kertas siasatan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 sejak 1 Januari lepas hingga Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, daripada jumlah itu, lima kertas siasatan melibatkan golongan selebriti dan orang kenamaan.

Iklan
Iklan

"Polis Melaka menjalankan siasatan secara menyeluruh setelah menerima laporan berkaitan sebarang pelanggaran SOP tanpa mengira kedudukan di bawah Peraturan-Peraturan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

"Ia sama sekali menolak dakwaan menyatakan wujudnya 'double standard' dalam penguatkuasaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya turut menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan menerusi talian 06-2854156 atau talian utama (06-2851999) atau WhatsApp (012-2244999).

Dalam pada itu, katanya, orang ramai termasuk kenamaan dinasihatkan terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil di bawah undang-undang yang sedang dikuatkuasakan. - Bernama

Iklan