Pahang peruntuk RM7.8 juta bantu golongan terkesan PKP, PKPD

Iklan
Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM7.8 juta untuk Bantuan Prihatin Pahang (BPP) secara bersasar kepada rakyatnya yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan besar disediakan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap kemaslahatan rakyat dalam menghadapi tempoh sukar ketika ini susulan penularan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"BPP disediakan mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan negeri ketika ini. Seperti inisiatif-inisiatif bantuan sebelum ini, BPP Covid-19 secara bersasar yang akan diberikan kali ini juga dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan.

"Antara golongan akan menerima manfaat ini adalah petugas barisan hadapan, penjaja harian, pemandu teksi termasuk mangsa menjalani kuarantin di rumah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Tambah Wan Rosdy, golongan gelandangan, miskin tegar, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berusia 80 tahun ke atas juga akan menerima bantuan tersebut.

"Persediaan sedang giat dilakukan dan pengagihan BPP Covid-19 secara bersasar ini dijangka dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

Iklan