BANGKOK - Thailand mencatatkan 2,713 lagi kes baharu Covid-19 dan 30 kematian, sejak 24 jam lalu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini sebanyak 132,213 serta 806 kematian.
Kes baharu itu merangkumi 2,664 penularan tempatan dan 49 kes import, termasuk 41 rakyat Thailand yang balik dari Kemboja, kata Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Apisamai Srirangsan.