Lelaki mati lima hari dalam kereta tinggal nota

Iklan
Mayat seorang lelaki ditemui orang awam dalam kereta jenis Proton Saga di atas sebuah bukit di Jalan Bukit Malut.

LANGKAWI - Mayat dipercayai seorang lelaki yang mati dianggarkan lima hari lalu ditemui orang awam dalam kereta jenis Proton Saga di atas sebuah bukit di Jalan Bukit Malut, dekat sini kira-kira jam 11.45 pagi pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, lelaki tersebut yang berada di tempat pemandu dipercayai membunuh diri dengan cara menyambung paip getah dari ekzos ke dalam keretanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beberapa barangan peribadi dipercayai milik si mati ditemui iaitu komputer riba, telefon bimbit, beberapa dokumen dan satu nota di atas papan pemuka kereta bertulis 'Do not resuscitate'.

Pihak polis dan ambulans terus ke lokasi sebaik menerima laporan daripada orang awam dan tiba di tempat kejadian.

"Pihak polis dan ambulans terus ke lokasi sebaik menerima laporan daripada orang awam dan tiba di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati terdapat satu mayat dipercayai lelaki di tempat duduk pemandu dan semua tingkap kereta tersebut bertutup serta pintu kereta berkunci," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Shariman berkata, pihak bomba membantu membuka pintu kereta yang berkunci.

Iklan

Katanya, hasil siasatan awal berdasarkan keadaan mayat, individu itu dipercayai sudah mati lebih lima hari.