LAHAD DATU - Akibat gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 dengan tidak memakai pelitup muka serta berkumpul, enam penghantar makanan bermotosikal masing-masing dikenakan kompaun RM1,500 dalam satu operasi bersasar di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, enam lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun itu dikenakan kompaun tersebut mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).